fbpx
Anggota bomba mengusung wanita yang patah jari kaki sewaktu mendaki kawasan Air Terjun Janda Mandi, Kijal, Kemaman hari ini.

Wanita patah jari kaki daki Air Terjun Janda Mandi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KEMAMAN – Keghairahan seorang wanita mendaki bukit di kawasan Air Terjun Janda Mandi, Kijal di sini, hari ini terbantut selepas dia tergelincir sehingga menyebabkan jari kakinya patah.

Kejadian pada pukul 12.03 tengah hari itu berlaku ketika wanita berusia 49 tahun tersebut dan seorang rakannya berada pada ketinggian kira-kira 80 meter dari paras laut.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Malaysia Chukai, Mohamad Hanif Che Khalid berkata, sembilan anggota bergegas ke lokasi sebaik menerima maklumat. Mangsa dikatakan tergelincir sewaktu melalui laluan berbatu menyebabkan jari kakinya patah.

“Mangsa meghadapi kesukaran untuk berjalan dan dibawa turun ke kaki bukit dengan menggunakan pengusung,” katanya. Operasi mengusung mangsa sejauh dua kilometer mengambil masa hampir sejam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN