fbpx
Tangkap layar video tersebut.

[VIDEO] ‘Macam mana jari kau boleh masuk situ kak’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Tular di media sosial memaparkan kejadian lucu apabila jari seorang wanita tersepit di celah-celah lubang kecil di sebuah kerusi plastik sehingga terpaksa memanggil pasukan bomba.

Menerusi video dimuat naik Friends of Bomba di Facebook, kejadian itu dipercayai berlaku di sebuah pejabat apabila wanita berkenaan tidak dapat mengeluarkan jarinya yang tersepit selepas cuba menariknya keluar.

Situasi itu menyebabkan wanita itu dan rakan-rakannya terpaksa memanggil bomba bagi membantu mengeluarkan jari tersebut.

Apabila tiba, kelihatan anggota bomba berusaha menanggalkan jari mangsa menggunakan peralatan khas untuk memotong kerusi plastik itu bagi mengelakkan sebarang kecederaan.

Walaupun situasi itu agak mencemaskan, gelagat wanita berkenaan yang kelihatan malu dan beberapa individu di sekeliling yang cuba menahan ketawa mencetuskan suasana lucu di ruang komen.

“Nasib baik bomba tenang, kalau kami yang tengok depan mata mesti dah gelak dulu baru tolong,” tulis Haahim.

“Habislah kena ‘bahan’ (ejek) setahun dengan kawan-kawan lepas ini. Dah macam tak ada kerja lain kau nak buat kak,” komen Mohd.

“Padahal kalau ada minyak atau sabun boleh je keluarkan tu, tapi sebab kau panik kan kak. Tak apalah janji semua selamat,” komen Halimah pula.

Sementara itu, ada juga yang memuji profesionalisme pasukan bomba kerana sentiasa bersedia membantu dalam apa jua keadaan, tidak kira kecil atau besar.

“‘Respect’ dengan abang bomba, kes remeh macam mana sekali pun mereka mesti hadir membantu,” komen Rohaya.

“Tak tahu nak kasihan pada siapa, kakak tersepit jari tu ke atau abang bomba. Apa-apa pun terima kasih bomba,” komen Aisy juga.

Setakat ini, video tersebut telah meraih ribuan tontonan dan dikongsi semula oleh ramai pengguna yang terhibur dengan insiden berkenaan sambil mengingatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati agar kejadian seumpama itu tidak berulang.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI