fbpx
Tangkap layar beberapa hantaran di media sosial memaparkan orang ramai menyambut naik diskaun 70 peratus yang diberikan PDRM.

Saman dari RM300 jadi RM90, ramai lega PDRM beri diskaun 70 peratus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Orang ramai menarik nafas lega apabila Polis Diraja Malaysia (PDRM) menawarkan diskaun saman sehingga 70 peratus bermula hari ini sehingga 31 Disember depan.

Tinjauan Kosmo! di media sosial mendapati ribuan rakyat meluahkan rasa gembira dan lega kerana akhirnya dapat menyelesaikan tunggakan saman yang tertangguh sejak sekian lama.

Kebanyakan orang awam berkongsi tangkap layar semakan saman mereka di aplikasi MyBayar PDRM sambil meninggalkan komen bersyukur serta bergurau mengenai ‘masa paling sesuai’ untuk bayar saman sebelum tahun baharu tiba.

Dalam masa sama, ramai juga yang menganggap tawaran itu sebagai peluang terakhir untuk ‘membersihkan rekod’ sebelum pelaksanaan sistem baharu pembayaran saman bermula tahun depan.

“Inilah masa nak kasi ‘bersih’ rekod saman sebelum masuk tahun baharu. Terima kasih PDRM, RM300 juga habis,” komen Hazwan.

“Macam dia tahu-tahu je gaji dah masuk, saman pun berderet. Tak apalah, memang kesalahan kita, apa-apa pun syukur dapat 70 peratus diskaun,” komen Ahmad pula.

Ada juga yang memuji langkah PDRM itu sebagai tindakan prihatin terhadap beban rakyat yang ketika ini berdepan kos sara hidup semakin tinggi.

“Inilah masanya korang, saya punya saman dari RM300 jadi RM90 sahaja. Jangan sia-siakan peluang ni,” komen Nadlin.

“Terima kasih PDRM sebab selalu buat diskaun untuk mudahkan rakyat bayar saman,” komen Iqa.

“Selesai dah bayar semua saman tertunggak, dari zaman belajar pun ada. Kalau tak ada diskaun ni memang tak mampu bayar,” komen Rohani juga.

Terdahulu Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) menawarkan potongan 70 peratus saman trafik oleh PDRM bagi memberi kelegaan kepada orang ramai.

Langkah itu sebagai langkah terakhir sebelum pelaksanaan kaedah baharu pembayaran saman bermula 2026.

Bagaimanapun Pengarah JSPT Bukit Aman Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata diskaun tersebut tidak terpakai bagi kesalahan yang tidak boleh dikompaun (NC).

Ujarnya, selain itu, tawaran pengurangan terbabit adalah tertakluk kepada nilai kompaun semasa, dengan kadar minimum iaitu RM30 sahaja.

Urusan penyelesaian boleh dilakukan melalui platform MyBayar PDRM bagi pengguna yang berdaftar dengan MyDigital ID, serta di semua kaunter trafik daerah dan pejabat pos Malaysia di seluruh negara.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI