TAMPIN – Polis Negeri Sembilan menerusi Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS) akan meningkatkan kekerapan lawatan terutama ke atas sekolah yang mempunyai ‘masalah’ di negeri ini.
Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad berkata, lawatan tersebut bukan lagi untuk mendekati guru disiplin atau Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (PK HEM), tetapi golongan pelajar juga tidak terkecuali.
“Sebelum ini, lawatan dibuat sekali dalam sebulan. Sekarang saya menetapkan kewajiban melawat setiap dua minggu bergantung kepada keadaan dan maklumat yang kita (polis) terima. Sekiranya didapati ada sedikit masalah, kekerapan (lawatan) akan dilipat ganda,” katanya ketika ditemui pada Majlis Pelancaran Taman Angkat Amanita Kontinjen Negeri Sembilan di Gemencheh di sini, hari ini.
Menurut Alzafny, PPS akan meluangkan masa bersama pelajar terutama pada waktu rehat dan membuat laporan berhubung pergerakan serta persekitaran pelajar tersebut. – KOSMO! ONLINE













