fbpx
ALEX mengesahkan kedudukan naib juara musim ini selepas memenangi perlumbaan di GP Malaysia pada Ahad lalu.

MotoGP: Alex Marquez bakal guna jentera GP26

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MADRID – Pelumba Gresini Racing, Alex Marquez menegaskan peluang menunggang jentera Ducati GP26 musim depan bukanlah ‘ujian pemilihan’ buatnya untuk mengisi slot ke pasukan utama Ducati pada 2027.

Ducati dikatakan bersedia menambah bilangan jentera spesifikasi kilang daripada tiga kepada empat pada tahun depan dan pelumba Sepanyol itu bakal menggunakan jentera sama seperti juara dunia, Marc Marquez dan Francesco Bagnaia.

Sejak menyertai Gresini Racing pada 2023, Alex hanya menggunakan jentera musim terdahulu dan prestasi cemerlangnya di atas Ducati GP24 tahun ini mendorong pengeluar Itali itu menaik tarafnya kepada jentera spesifikasi terkini musim depan.

Pelumba berusia 29 tahun itu turut disebut-sebut sebagai calon berpotensi ke Ducati pada 2027 dan menganggap musim 2026 adalah peluang untuk membuktikan kemampuan sebenar dirinya di atas jentera terbaik.

“Tidak, saya tidak melihatnya sebagai satu penilaian. Saya lebih melihatnya sebagai ujian untuk diri sendiri. Ia tentang mendapatkan yang terbaik daripada garaj anda supaya tiada keraguan tentang apa yang boleh dilakukan dengan jentera terkini,” katanya.

Alex menamatkan musim ini di sebagai naib juara selepas menguasai saingan Grand Prix Malaysia minggu lalu dengan kelebihan mata yang tidak boleh dipintas oleh Marco Bezzecchi dan Bagnaia biarpun masih berbaki dua pusingan.

Sebagai rekod, juara dunia Moto3 2013 dan Moto2 2019 itu melalui perjalanan sukar sejak melangkah ke MotoGP termasuk dua musim mengecewakan bersama LCR Honda yang hampir menamatkan kariernya.

Namun, perpindahan ke Gresini pada 2023 menjadi titik kebangkitan, sebelum melonjak prestasi musim ini di atas GP24 yang terbukti mendominasi saingan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI