fbpx
Anggota bomba sedang memadamkan kebakaran di lokasi kejadian.

Lima jam padam kebakaran hutan Bukit Sri Gombak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GOMBAK – Kebakaran hutan seluas empat hektar di Jalan Utama Bukit Sri Gombak, di sini awal pagi tadi berjaya dipadam sepenuhnya oleh pasukan bomba yang mengambil masa selama lebih lima jam.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada pukul 1.57 pagi.

“Seramai 10 anggota Balai Bomba dan Penyelamat Selayang digerakkan ke lokasi dengan dibantu Pasukan Bomba Sukarela Gombak. “Setibanya di lokasi pada pukul 2.16 pagi, pihak kami mendapati kebakaran melibatkan kawasan hutan seluas empat hektar,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, operasi pemadaman dilakukan menggunakan dua aliran air dari pam jentera dan dua pancutan nozzle sebelum api dikawal sepenuhnya pada pukul 3 pagi.

Kerja-kerja ‘overhaul’ dilakukan bagi memastikan tiada lagi sisa bara di lokasi. Operasi tamat pada pukul 7.12 pagi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN