PETALING JAYA – Pasukan Selango FC kembali menemui rentak terbaik selepas bangkit menewaskan Sabah FC 2-1 dalam aksi Liga Super di Stadium Likas, Kota Kinabalu sebentar tadi.
Pada perlawanan itu, skuad The Rhinos yang memburu kemenangan pertama pada saingan liga musim ini berjaya mendahului seawal minit kelapan hasil tandukan penyerang muda negara, Fergus Tierney.
Namun, kelekaan di benteng pertahanan menyaksikan pasukan pelawat berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-43 menerusi penyudah Alvin Fortes.
Impian Gergasi Merah untuk mencuri tiga mata penuh akhirnya tertunai apabila kapten, Faisal Halim muncul wira dengan meledak gol kemenangan pada minit ke-58 dengan keputusan kekal hingga wisel penamat.
Keputusan itu menyaksikan Selangor FC meraih 13 mata dalam lapan perlawanan makanala The Rhinos kekal dengan empat mata.
Sementara itu, di Stadium Kuala Lumpur, Cheras, skuad Kuala Lumpur City (KL City) terus mencipta kejutan apabila berada di kedudukan kedua liga selepas menang 2-1 ke atas Kelantan The Real Warriors (TRW) sebentar tadi.

Gol-gol pasukan tuan rumah berjaya disudahkan oleh Kpah Sherman pada minit ke-64 dan Zhafri Yahya (m-84) manakala pelawat meraih jaringan saguhati hasil rembatan menarik Syafik Ismail pada masa kecederaan.
KL City kini mengumpul 20 mata di kedudukan kedua liga, dibezakan tujuh mata berbanding pendahulu, JDT dengan kedua-dua pasukan kekal dengan rekod tanpa tewas ketika ini. – KOSMO ONLINE














