fbpx
GAMBAR fail Lapangan Terbang Antarabangsa Orlando, Florida. - AFP

Lapangan terbang AS hampir lumpuh akibat penutupan kerajaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

WASHINGTON – Lapangan Terbang Antarabangsa Orlando, Florida hampir membatalkan semua pendaratan pesawat ketika penutupan kerajaan Amerika Syarikat (AS) memasuki minggu kelima, lapor portal berita MailOnline semalam.

Ribuan penerbangan di seluruh AS kini mengalami kelewatan akibat kekurangan kakitangan susulan penutupan kerajaan yang bermula 1 Oktober lalu.

Akibat keadaan itu, pekerja persekutuan seperti anggota tentera dan pengawal trafik udara sama ada diarahkan bercuti tanpa gaji atau dikehendaki bekerja tanpa bayaran.

Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) mengumumkan pada malam Khamis lalu bahawa akan berlaku tempoh di mana tiada pengawal trafik udara bertauliah.

Ia menyebabkan pendaratan pesawat di Lapangan Terbang Antarabangsa Orlando yang terdekat dengan lokasi tarikan pelancong seperti Disney World dan Universal Studios, tidak dapat dilakukan.

Bagaimanapun, arahan itu kemudian dibatalkan selepas bilangan kakitangan yang mencukupi berjaya diperoleh, namun penerbangan keluar masuk Orlando tetap mengalami kelewatan, sesetengahnya sehingga 90 minit.

Kelewatan turut dilaporkan di Lapangan Terbang Dallas/Fort Worth dan Washington DC.

Menurut laman penjejak penerbangan FlightAware, hampir 6,000 penerbangan telah ditangguhkan dan 1,100 dibatalkan di seluruh negara kelmarin.

Ia menjejaskan kira-kira 20 peratus penerbangan milik syarikat United Airlines, American Airlines, Southwest Airlines dan Delta Air Lines, lapor saluran berita Sky News. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI