fbpx
Kangadevi

Kangadevi hilang dari rumah sejak Khamis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SERDANG – Polis sedang mengesan seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun yang dilaporkan hilang selepas keluar dari rumahnya di Pangsapuri Vista Lavender, Seksyen 3, Taman Kinrara, Puchong, sejak Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Muhamad Farid Ahmad berkata, laporan mengenai kehilangan mangsa dibuat oleh ibunya yang berusia 34 tahun pada 31 Oktober lalu selepas anaknya tidak pulang ke rumah.

“Kanak-kanak berkenaan dikenali sebagai Kangadevi Visvanatan, berumur 12 tahun 11 bulan, berkulit gelap, berambut panjang berwarna hitam dan mempunyai ketinggian kira-kira 145 sentimeter,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, usaha mengesan mangsa sedang giat dijalankan dan pihak polis memohon bantuan orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan agar tampil membantu siasatan.

“Orang ramai boleh menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Sivanantha Madewan di talian 03-8076 2222 atau hadir ke mana-mana balai polis berhampiran,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI