fbpx
Badrul Afzan Razali

Jurulatih TFC mula ‘hitung nasib’ selepas diaib JDT

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PENGENDALI Terengganu FC (TFC), Badrul Afzan Razali memikul tanggungjawab sepenuhnya atas kekalahan memalukan skuad bimbingannya 0-5 di tangan Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam aksi Liga Super di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Nerus malam tadi.

Beliau mengakui amat kecewa terhadap persembahan longlai anak buahnya yang disifatkan terlalu menghormati lawan sehingga menjejaskan rentak permainan mereka sejak minit pertama.

“Saya sudah pesan kepada pemain-pemain agar jangan buat kesilapan apabila menentang JDT namun mereka hilang fokus dengan cepat. Orang cakap kita terlalu hormat JDT sampai dibolosi lima gol. Saya amat  kecewa malam ini (semalam),” katanya.

Dalam perlawanan tersebut, JDT berpesta gol apabila membelasah tuan rumah hasil hatrik penyerang import, Jairo da Silva selain masing-masing satu jaringan daripada Bergson da Silva dan Romel Morales.

Badrul Afzan berkata, skuad kendaliannya sepatutnya bermain dengan lebih sabar dan agresif, namun kelekaan pemain membuka ruang mudah buat pasukan lawan menghukum mereka dengan jaringan awal.

Dalam pada itu, Badrul Afzan mengakui kariernya bersama TFC kini ibarat telur di hujung tanduk dengan aksi  menentang Negeri Sembilan di laman lawan pada 22 November depan bakal menjadi penentu masa depannya.

Sehubungan itu,  beliau menyerahkan kedudukannya kepada pengurusan TFC namun berharap pemain dapat belajar daripada kekalahan terbabit untuk kembali bangkit. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI