fbpx
GELAGAT kumpulan Inteam dalam sebuah video TikTok yang mencuit hati peminat.

Inteam ‘jauh tersasar, makin rosak’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KETIKA ramai teruja dengan konsert Inteam yang bakal diadakan pada Februari tahun depan, lain pula hal yang dilakukan kumpulan nasyid berkenaan.

Inteam yang dianggotai Hazamin, Rahim dan Syahril berjaya mencuit hati ramai apabila tampil menyanyikan lagu Kasih Kekasih versi reggae dalam video TikTok milik @faqardzolkifley.

Meski hanya video pendek, rata-rata netizen menyifatkan Inteam semakin hari semakin ‘masuk air’.

“Sampai lupa lagu asal Kasih Kekasih, rosak otak aku.

“Ini sudah jauh tersasar, ‘balik’ cepat Inteam!

“Makin rosak kumpulan nasyid kita, tapi sedap juga versi reggae,” usik netizen.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN