fbpx
Mohamed Khaled pada sidang akbar pada Mesyuarat ADMM ASEAN ke-19 dan Mesyuarat ADMM ASEAN-Plus ke-12 di KLCC hari ini. Foto SHIDDIEQIIN ZON / KOSMO!

China beri komitmen Kod Tatakelakuan Laut China Selatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – China sekali lagi menyokong usaha-usaha untuk menyegerakan Kod Tatakelakuan (COC) di Laut China Selatan dalam memastikan keamanan, kestabilan dan kepercayaan antara negara di rantau ini.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, sokongan itu dinyatakan oleh China melalui Menteri Pertahanannya, Admiral Dong Jun dalam menyegerakan COC tersebut.

“China beri komitmen sekali lagi melalui Admiral Dong bahawa China sokong usaha-usaha untuk menyegerakan COC. Jadi kita harap itu dapat betul-betul berasaskan kepada komitmen China untuk mempercepatkan untuk membangunan Kod Tatakelakuan berkenaan.

“Kita percaya kalau itu diterima, maka mungkin satu kebaikan dalam kita mengurus cabaran yang terdapat di Laut China selatan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Mesyuarat Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN (ADMM) ke-19 dan Mesyuarat Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN ADMM ke-12 di Pusat Kovensyen Kuala Lumpur (KLCC) di sini hari ini.

Difahamkan, rundingan mengenai COC Laut China Selatan di kawasan berkenaan setakat ini masih berjalan sehingga kini dan belum dimuktamadkan.

Sementara itu, Mohamed Khaled berkata, Amerika Syarikat menawarkan sokongan dalam memastikan negara ASEAN mampu berhadapan pelbagai cabaran terutamanya di Laut China Selatan.

“Kita mengambil kira perkara itu, tetapi dengan kita menekankan bahawa apa sahaja kerjasama hendak dibuat, ia mesti berasaskan kepada usaha kolektif di bawah rangka kerja kerangkan ADMM dan ADMM Plus.

“Ia juga mesti dipandu oleh ASEAN Centrality dan komitmen berterusan yang tidak berganjak terhadap keamanan dan kemakmuran bagi rantau ini,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI