fbpx
SEORANG lelaki (kiri) ditangkap kerana memiliki dadah. - Foto Ejan

Beri alasan pil kuda mampu tingkatkan kelajuan motosikal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BANGKOK – Polis di Thailand kehairanan apabila seorang lelaki yang ditangkap kerana memiliki dadah jenis methamphetamine mendakwa bahawa dia membeli bahan terlarang itu untuk meningkatkan kelajuan motosikalnya, lapor laman berita MSNews semalam.

Menurut laman berita Khaosod, polis sedang menjalankan rondaan rutin pada 30 Oktober lalu apabila mereka terserempak dengan suspek di sebuah stesen minyak di wilayah Samut Songkhram.

Apabila polis melihat motosikal lelaki berusia 29 tahun itu yang telah diubah suai, mereka menghampirinya. 

Hasil pemeriksaan mendapati, dia memiliki satu setengah pil Yaba atau pil kuda, sejenis dadah yang mengandungi campuran methamphetamine dan kafein.

Satu beg plastik kecil berisi pil berwarna jingga bertanda huruf ‘WY’ turut disembunyikan di dalam kotak gula-gula di dalam begnya.

Dalam kotak yang sama, polis turut menemukan dadah jenis kristal methamphetamine yang lebih dikenali sebagai ‘ice’ di Thailand.

Polis kemudian membawa suspek untuk menjalani ujian air kencing dan keputusan menunjukkan bahawa terdapat kesan dadah dalam tubuhnya.

Ketika disoal siasat, lelaki berusia 29 tahun itu mengaku memiliki dadah tersebut dan mendakwa bahawa dia membeli bahan terlarang itu kerana percaya ia boleh meningkatkan kelajuan motosikalnya.

Polis menuduh lelaki itu atas kesalahan memiliki dadah terlarang dan satu lagi pertuduhan kerana menggunakannya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI