fbpx
Mohamed Khaled dan Setiausaha Perang Amerika Syarikat, Pete Hegseth selepas sesi mensyuarat dua hala pada Mesyuarat Menteri Pertahanan ASEAN Ke-19 & Mesyuarat Menteri Pertahanan ASEAN Plus Ke-12, di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur hari ini. Foto SHIDDIEQIIN ZON

Amerika Syarikat sedia bantu ASEAN tangani pelbagai isu keselamatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Menteri Pertahanan memaklumkan Amerika Syarikat (AS) bersedia untuk membantu ASEAN dalam menghadapi pelbagai cabaran keselamatan di rantau ini khususnya di Laut China Selatan.

Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, berkata tawaran itu dikemukakan oleh Setiausaha Perang Amerika Syarikat, Pete Hegseth, semasa Mesyuarat Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN-Plus (ADMM-Plus) yang berlangsung di sini, hari ini.

Mohamed Khaled berkata AS menawarkan sokongan dalam memastikan negara-negara ASEAN mampu berhadapan dengan pelbagai cabaran, terutamanya di Laut China Selatan.
Ujar beliau, ASEAN mengambil kira tawaran itu dan menyambut baik komitmen AS namun ia perlu berpandukan kepada prinsip dan komitmen berterusan terhadap keamanan serta kemakmuran rantau ini.

“Apa sahaja bentuk kerjasama mesti berasaskan kepada usaha kolektif di bawah kerangka ADMM dan ADMM-Plus.

“Kita tidak menafikan cabaran yang kita hadapi di Laut China Selatan, dan kita menghargai komitmen Amerika Syarikat untuk membantu, namun ia mesti dilakukan dalam semangat kerjasama serantau,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Mesyuarat Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN-Plus (ADMM-Plus) di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Mohamed Khaled memberitahu AS akan terus memainkan peranan aktif sebagai sebuah negara Pasifik dan menyokong usaha ASEAN untuk mengekalkan kestabilan di rantau ini.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI