fbpx
SEBELUM berkahwin dengan Twinkle, bintang Bollywood bernama Akshay Kumar pernah digelar sebagai 'playboy' dek kegiatannya yang suka berfoya-foya.

Akshay Kumar ‘buaya darat’ terhebat Bollywood

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SIAPA sahaja tidak mengenali susuk aktor popular Akshay Kumar yang digelar ‘khiladi of Bollywood’ dek kehebatannya dalam filem aksi. Dia juga boleh dikatakan sebagai aktor dengan judul filem terbanyak di Bollywood berbanding hero-hero lain.

Dari sisi lain, seberapa banyak filem yang dibintangi, begitulah juga ‘koleksi’ teman wanitanya. Selain terkenal sebagai pelakon popular dan berbakat besar, Akshay atau nama sebenarnya Rajiv Hari Om Bhatia, 58, juga menjadi sebutan kerana sikap suka berpoya-poya dengan wanita. Berikut antara senarai wanita cantik yang pernah menjalin hubungan cinta dengannya.

Raveena Tandon

Pelakon jelita ini antara yang terawal menjalin hubungan cinta dengan Akshay selepas sama-sama bergandingan dalam filem Mohra pada 1994.
Pasangan merpati dua sejoli ini kemudian mengikat tali pertunangan. Raveena bertindak memutuskan hubungan mereka apabila Akshay dikatakan bermain kayu tiga.

Shilpa Shetty

Hubungan Akshay dan Shilpa Shetty mendapat perhatian ramai apabila aktres filem Dostana, didakwa menjadi punca Akshay dan Raveena putus tunang. Raveena dikatakan pernah menangkap mereka berdua-duan di sebuah hotel.

Seperti Raveena, hubungan Akshay dan Shilpa juga berakhir dengan perpisahan. Shilpa mendakwa Akshay secara rahsia menjalin hubungan dengan Twinkle Khanna.

Ketika Akshay dan Shilpa menjalani penggambaran filem Dhadkan, masing-masing tertekan dengan konflik putus cinta. Namun mereka kekal profesional sehingga penggambaran selesai biarpun Shilpa hampir menarik diri.

Rekha

Antara gosip paling mengejutkan di Bollywood adalah apabila Akshay dikatakan menjalin hubungan sulit dengan pelakon senior, Rekha.
Kedua-dua mereka terlibat dalam filem Khiladiyon Ka Khiladi pada 1996 yang turut dibintangi Raveena Tandon.

Rekha dikatakan terpesona dengan ketampanan Akshay. Ada yang mendakwa Rekha menjadi punca Raveena dan Akshay putus tunang. Raveena bagaimanapun menyangkal khabar angin itu.

Twinkle Khanna

Hubungan Akshay dan Twinkle dikatakan terjalin ketika aktor itu masih bergelar kekasih Shilpa Shetty.
Akshay terpesona dengan kejelitaan Twinkle ketika mereka terlibat dengan sesi fotografi majalah Filmfare. Akshay benar-benar jatuh hati dan melamar Twinkle di awal perkenalan mereka.

Namun, aktres itu belum bersedia untuk bergelar isteri dan berjanji hanya akan bersetuju jika filem lakonannya bersama Aamir Khan iaitu Mela gagal di pawagam. Mungkin sudah tertulis jodoh mereka, filem tersebut tidak mendapat sambutan dan akhirnya Twinkle bersetuju berkahwin dengan Akshay. Twinkle juga nekad meninggalkan karier lakonan demi Akshay.

Priyanka Chopra

Skandal Akshay dan Priyanka Chopra hangat diperkatakan di Bollywood sekitar 2005. Mereka dikatakan menjalin hubungan sulit dan akhirnya ‘terkantoi’ dengan isterinya.

Twinkle dikhabarnya memberi kata dua kepada Akshay sama ada memilihnya atau bekas Ratu Dunia 2000 itu. Disebabkan amaran tersebut, Akshay akhirnya menarik diri daripada filem Barsaat yang turut dibintangi Priyanka biarpun penggambaran sudah pun bermula. Sehingga kini mereka tidak pernah lagi bergandingan dalam mana-mana filem.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN