fbpx
Tangkap layar video tular memaparkan anggota polis cuba memujuk suspek di sebuah rumah di Kampung Pida 3, Jerlun malam tadi.

[VIDEO] 15 minit pujuk suspek bunuh pesawah serah diri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JERLUN – Polis mengambil masa kira-kira 15 minit untuk menahan suspek kes bunuh seorang pesawah dalam kejadian di Kampung Pida 3, di sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Mohd. Radzi Abdul Rahim berkata, selepas kejadian itu, suspek didapati berada di dalam rumahnya kira-kira 30 meter dari lokasi kejadian.

“Suspek berjaya ditangkap kira-kira pukul 8 malam selepas 15 minit dipujuk, ketika dia berada dalam keadaan masih memegang parang,” katanya.
Sementara itu, satu video tular menunjukkan beberapa anggota polis cuba memujuk suspek yang berada di dalam sebuah rumah.

Suspek kemudian dilihat keluar dari rumah tersebut dengan masih memegang parang sebelum berjaya ditangkap.

Polis turut merampas parang sepanjang 30 sentimeter yang disyaki digunakan suspek dalam kejadian itu.

Kosmo! Online malam tadi melaporkan, seorang pesawah berusia 45 tahun ditemui maut dalam keadaan mengerikan selepas ditetak dengan parang oleh adik iparnya dalam kejadian di kawasan sawah di Kampung Pida 3, di sini malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7.05 malam itu, mayat mangsa ditemukan dalam keadaan diselaputi lumpur dengan kepala terpisah daripada badan.

Bahagian kepala dijumpai pada jarak kira-kira satu meter dari lokasi badan mangsa. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN