fbpx
Tangkap layar hantaran di TikTok, memaparkan sekumpulan lelaki memotong kabel sebelum lari bertempiaran melihat kelibat polis peronda di Bandar Sunway.

[VIDEO] Geng kebas kabel, berdesup lari nampak kelibat polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Sekumpulan lelaki berlari bertempiaran selepas memotong kabel dipercayai dicuri sejurus melihat kelibat polis peronda di Bandar Sunway, di sini, kelmarin.

Menerusi perkongsian hantaran di TikTok, rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) memaparkan sekumpulan lelaki memotong kabel dipercayai di lorong belakang kedai, seawal 7 pagi.

“Kebas kabel di Sunway. Polis datang, semua terbang sepantas kilat,” menurutnya pada ruang kapsyen.

Video berdurasi 5 minit itu turut memaparkan masing-masing sibuk memotong kabel sebelum bertempiaran melarikan diri apabila menyedari kehadiran anggota polis.

Tinjauan Kosmo! mendapati seramai hampir 10 orang yang terlibat termasuk pemandu kereta yang bersedia menunggu kabel dimasukkan ke dalam but kereta.

Menjengah ke ruang komen, rakaman tersebut mengundang kemarahan orang ramai dengan tindakan yang dianggap mengambil risiko demi keuntungan segera.

“Betul orang kata nak cari duit kena bangun awal pagi walaupun hasil duit haram. Rajin betul nak mencuri benda macam ini,” kata Nurzulianna.

“Kesepakatan itu memang patut dipuji tapi salah guna pula untuk mencuri. Sepatutnya pergi buat kerja amal, jangan ambil jalan mudah semata nak duit,” komen @Muhammadrozlan5

“Bukan dapat duit banyak pun dengan hasil mencuri dan kongsi ramai-ramai. Nanti bila sudah ada rekod jenayah, lagi susah nak minta kerja halal,” komen @User8115 – KOSMO! ONLINE

@ipk.tv5kejadian di Bandar Sunway Petaling Jaya menggemparkan orang ramai apabila sekumpulan lelaki dan wanita pelbagai bangsa dirakam sedang mengerjakan kabel . Namun mereka bertempiaran lari apabila melihat kelibat kereta peronda polis sampai.

♬ TOBAT MAKSIAT – — JIWA Fz —

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI