JERANTUT – Seorang pemandu pelancong, Roslan Abu Kassim, 56, mengambil masa 20 minit untuk menaikkan seekor ikan tapah atau nama saintifiknya wallagonia leerii ketika memancing di Sungai Tahan, Taman Negara Kuala Tahan di sini semalam. Beliau berkata, dia ‘turun’ memancing bersama wakil National Geographic, Zep Hogan untuk penggambaran program River Monster. “Saya mengiringi Hogan yang juga seorang ahli biologi mengenai ikan liar yang berpengalaman membuat kajian di sungai seluruh dunia untuk memancing ikan kelah dan tapah di sepanjang Sungai Tahan.…
 
								
 
								 
											













 
														
