fbpx
PEI KEE (kiri) mengalami kecederaan pada set kedua sehingga menyebabkan dia dan Mei Xing gagal meneruskan permainan. - AFP

Terbuka Hylo: Beregu Turkiye ‘smash’ Pei Kee-Mei Xing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Langkah beregu wanita negara, Go Pei Kee-Teoh Mei Xing pada Kejohanan Badminton Terbuka Hylo di Jerman menemui titik noktah selepas tersingkir di suku akhir.

Pada perlawanan yang berlangsung di Saarlandhalle, Saarbrucken sebentar tadi, pilihan keempat kejohanan itu tewas 13-21, 13-14 kepada beregu Turkiye, Bengisu Ercetin-Nazlican Inci.

Walaupun dijangka tidak berdepan masalah untuk ke separuh akhir, namun Pei Kee-Mei Xing tersentak seketika apabila pemain Turkiye itu menampilkan aksi cukup baik dan memenangi set pertama.

Bersambung set kedua, pemain negara mula mempamerkan aksi sebenar apabila melakukan asakan bertubi-tubi ke arah lawan sehingga berjaya mendahului 10-3.

Bagaimanapun, keadaan itu kembali berubah apabila Ercetin-Inci kembali mengejar dan berjaya memintas kedudukan untuk berada di depan 14-13.

Situasi tambah parah buat beregu negara apabila Pei Kee mengalami kecederaan sebelum mereka mengambil keputusan untuk menarik diri.

Turut tersingkir adalah beregu muda, Carmen Ting-Ong Xin Yee yang tewas 17-21, 16-21 kepada pilihan kedua dari Taiwan, Hsu Yin Hui-Lin Jhih Yun selepas bertarung dalam tempoh 37 minit. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI