fbpx
JUVENTUS menamatkan aksi tanpa kemenangan selepas berjaya menewaskan Udinese pada aksi Serie A awal pagi semalam. - AFP

Serie A: Derita Juventus temui penghujung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TURIN – Juventus memberikan impak segera ekoran pemecatan jurulatih mereka, Igor Tudor kelmarin apabila meraih kemenangan pertama selepas lapan perlawanan sejak pertengahan September lalu.

Aksi Serie A menentang Udinese awal pagi semalam di Stadium Allianz menyaksikan Juventus meraih kemenangan 3-1 sekali gus memberikan kelegaan untuk kembali bersaing dalam kelompok teratas.

Juventus membuka tirai jaringan menerusi Dusan Vlahovic yang menyempurnakan sepakan penalti seawal minit kelima sebelum Nicolo Zaniolo menyamakan kedudukan dan dua gol menerusi Federico Gatti dan Kenan Yildiz mengesahkan kemenangan The Old Lady.

Pengendali interim, Massimo Brambila yang menggantikan Tudor mengakui Juventus menyertai perlawanan ini dengan penuh kesukaran selepas pemecatan jurulatih berkenaan, namun kemahuan pemain mengatasi segala-galanya.

“Gol awal itu memberikan semangat biarpun kami tersentak dengan jaringan penyamaan Udinese. Bagaimanapun, kami memulakan separuh masa kedua dengan sikap yang betul dan layak untuk menang.

“Anda boleh merasai keinginan pemain untuk mencatat kemenangan malam ini dan saya fikir semua orang dapat melihat. Yildiz antara yang berjaya membuktikan kualiti sepanjang perlawanan kali ini,” kata Brambilla.

Sementara itu, Vlahovic tanpa berselindung mengakui sangat gembira dan teruja dengan kemenangan tersebut dan dia bersama rakan sepasukan berjaya mengekalkan tahap permainan sepanjang 90 minit.

“Pada babak kedua kami kembali ke padang dengan keinginan yang hebat untuk memenangi perlawanan dan percaya mampu untuk mendapatkan mata penuh,” jelasnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI