fbpx
Gambar hiasan

Sanggup berhutang untuk kahwin demi adat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Punca utama ramai pasangan muda terbeban selepas berkahwin kerana sikap sendiri yang terlalu mengejar adat dan kemewahan, bukannya kerana perkahwinan itu sendiri.

Pakar literasi kewangan, Faiz Azmi menerusi satu hantaran di TikTok, berkata, Islam menjadikan urusan nikah sesuatu yang mudah, namun manusia yang menambah kesukaran dengan bermacam adat dan kehendak tidak perlu.

Katanya, rukun nikah hanya lima perkara iaitu pengantin lelaki, pengantin perempuan, wali, saksi dan ijab kabul tetapi masyarakat kini lebih sibuk memikirkan soal majlis gah, hantaran dan adat sampingan.

“Yang buat susah tu adat. Bila campur adat dulang lima, berinai, majlis besar-besaran, akhirnya ramai terpaksa buat pinjaman peribadi,” katanya

Faiz turut mendedahkan, sebanyak 58.8 peratus individu mengaku mengambil pinjaman peribadi untuk berkahwin, manakala 16.6 peratus lagi menggunakan kad kredit atau kaedah ‘buy now pay later’ bagi menampung kos majlis.

Katanya, tindakan itu memberi kesan jangka panjang kerana ada pasangan masih menanggung hutang beribu ringgit walaupun sudah mempunyai anak bersekolah.

“Bayangkan ambil pinjaman persendirian RM20,000 ikat 10 tahun. Anak dah darjah satu pun masih bayar hutang kahwin,” katanya.

Beliau turut menegur ibu bapa yang terlalu mahu menjadikan majlis perkahwinan anak sebagai tempat ‘reunion’ dengan rakan-rakan lama, sedangkan kosnya ditanggung pasangan pengantin.

Faiz berkata, jika alasan untuk membuat majlis besar adalah untuk menghebahkan perkahwinan, zaman moden kini sudah ada banyak cara lebih mudah.

“Hantar saja gambar atau mesej selepas akad nikah. Tak perlu susahkan anak sampai berhutang,” katanya.- KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI