fbpx
Seorang mandur pekerja pembalakan yang maut diserang sekawan gajah liar baharu sahaja bekerja kira-kira dua minggu di kawasan pembalakan dekat Felda Aring 8, di sini.

Mandur maut dipijak gajah baru dua minggu bekerja di Felda Aring 8

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GUA MUSANG – Seorang mandur pekerja pembalakan yang maut diserang sekawan gajah liar baharu sahaja bekerja kira-kira dua minggu di kawasan pembalakan dekat Felda Aring 8, di sini.

Adik mangsa, Sulaiman Jahari, 32, berkata, abangnya, Saidi Jahari, 43, sebelum ini bekerja di Tanah Tinggi Lojing dan berpengalaman bekerja di kawasan hutan selama 30 tahun.

Katanya, kematian abangnya mengejutkan ahli keluarga kerana mereka bertemu kali terakhir dengan mangsa semasa cuti perayaan Hari Deepavali.”Kami menerima berita abang meninggal dunia selepas diserang gajah liar di tempat kerja baharunya dekat Felda Aring 8 kira-kira pukul 10 pagi semalam.

“Pada cuti Hari Deepavali lalu, abang yang sebelum ini agak pendiam berubah bercakap banyak dengan ahli keluarga. Saya tidak menyangka itu adalah kali terakhir bermesra bersama abang,” katanya ketika ditemui pemberita di Unit Forensik Hospital Gua Musang di sini semalam.

Menurut Sulaiman, difahamkan, lokasi abangnya bekerja di Felda Aring 8 di sini itu baru sahaja memulakan projek pembalakan.

Katanya, ketika mereka berjumpa abangnya tidak bercerita secara lanjut keadaan di tempat kerja baharunya.

“Abang sudah lama bekerja di kawasan pembalakan dan tidak pernah bercerita mengenai pengalamannya semasa di dalam hutan.

“Dia memang tidak pernah bercerita hal dalam hutan atau ancaman binatang buas. Kami sekeluarga memang terkejut, namun reda dengan pemergian abang,” katanya.

Sulaiman berkata, jenazah arwah abangnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Pangkal Kuang 2, Ketereh dekat Kota Bharu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI