PETALING JAYA – Jika sebelum ini Perdana Menteri Timor-Leste, Kay Rala Xanana Gusmao sering menjadi sorotan media dan orang ramai, kini anak lelaki keduanya pula menjadi ‘buruan’.
Bukan sahaja dikenali sebagai seorang yang peramah, mesra rakyat dan suka membantu, malah ketampanannya membuatkan pemuda itu semakin digilai ramai termasuk dari Malaysia.
Menerusi perkongsian di akaun media sosial @Timor-Leste, Kay Olok Gusmao kini menjadi perhatian ramai selepas dilihat bakal mengikuti jejak ayahnya dalam mengurus negara.
Dengan keperibadian mesra rakyat dan dedikasi tinggi, ramai meramalkan Kay Olok bakal menjadi figura penting dalam kepimpinan Timor Leste suatu hari nanti.
Hantaran berkenaan meraih perhatian orang ramai yang rata-rata teruja dengan perkongsian itu, malah ada yang tanpa segan silu memuji dan berharap dapat menjadi pasangan Kay Olok.
“Era putera Sultan Brunei dah tamat, sekarang anak Perdana Menteri Timor-Leste pula,” kata @Missy.Messy.
“Saya sedia menggalas tanggungjawab sebagai isteri dia,” ujar pengguna yang lain.
“Mak, nak yang ni!” komen @Baby Chris. – KOSMO! ONLINE
 
								
 
								 
											













 
														
