fbpx
Mohamed Khaled mempengerusikan mesyuarat pada Mesyuarat Menteri Pertahanan ASEAN Ke-19 di KLCC hari ini. Foto oleh SHIDDIEQIIN ZON / KOSMO!

Kekuatan ASEAN bukan pada kuasa, tapi kerjasama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Kekuatan ASEAN bukan terletak kepada kuasa dan dominasi, tetapi kerjasama dan dialog menjadi asas kestabilan kepada rantau ini dengan terus berpegang kepada prinsip ASEAN Didahulukan.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, ASEAN mengutamakan kerjasama berbanding persaingan serta perpaduan berbanding perpecahan dalam menjadikan rantau ini stabil dan menjamin masa depan.

“Marilah kita terus berfikir sebagai ASEAN, bertindak sebagai ASEAN dan berkelakuan sebagai ASEAN kerana inilah rumah dan tanggungjawab kita bersama.

“Teruslah membina jambatan kepercayaan antara angkatan tentera, institusi dan rakyat. Keamanan bukan sesuatu yang berlaku secara automatik, ia perlu dibina, dilindungi dan diperbaharui secara aktif bersama sebagai satu keluarga ASEAN,” katanya.

Beliau berkata demikian pada ucapan penutup Mesyuarat Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN (ADMM) ke-19 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di sini hari ini.

Mohamed Khaled berkata, Mesyuarat ADMM tersebut membuktikan erti sebenar ASEAN dan ADMM iaitu perpaduan, kepercayaan dan matlamat bersama.

“Tahun ini benar-benar luar biasa dan antara paling produktif, bercita-cita tinggi dan memberi inspirasi dalam sejarah ADMM. Kita meluluskan jumlah inisiatif paling banyak pernah dicapai dalam tempoh setahun.

“Antara yang paling penting ialah kenyataan bersama Pelaksanaan Pelan Strategik Komuniti Politik-Keselamatan ASEAN di bawah Wawasan Komuniti ASEAN 2045 serta Deklarasi Bersama Kuala Lumpur mengenai Perpaduan ASEAN untuk Keselamatan dan Kemakmuran,” katanya.

Beliau berkata, dokumen-dokumen ini menjadi bukti hidup kepada komitmen bersama untuk membina ASEAN yang aman, stabil dan berpandangan jauh.

“Ia menunjukkan bahawa ADMM bukan sekadar forum rasmi, tetapi komuniti dinamik dengan semangat dan kemajuan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI