PETALING JAYA – Meskipun masih mengunci mulut berkaitan isu perceraian, pelakon Aprena Manrose berkongsi cara untuk menerima takdir yang sudah ditentukan.
Menurut Aprena atau nama lengkapnya Wan Syahera Putri Aprena Wan Syahman, 31, dia tidak mempersoalkan takdir yang harus dijalani sebagai peringatan untuk terus melangkah ke hadapan.
“Satu cara untuk terus ‘move on’, harap membantu.
“Kalau Allah sudah berikan titik, jangan diubah jadi tanda tanya. Kenapa? Apa masalahnya?
“Ya, sudah. Jangan ditanya-tanya lagi. Tak perlu. Ini cara saya ingatkan diri sendiri, jalan terus,” katanya dalam Threads.
Pada Jun lalu, pelakon drama Tiada Arah Jodoh Kita itu mengesahkan sudah bercerai dengan bekas suami, Mohd Afiq Hazman.
Bagaimanapun, Aprena tidak berkongsi secara terperinci mengenai punca perceraian.
Terdahulu, keretakan rumah tangga Aprena kerap menjadi bahan bualan ramai terutama selepas mereka dilihat tidak meraikan Hari Raya Aidilfitri lalu bersama.
Mereka juga dikatakan tidak lagi mengikuti akaun Instagram masing-masing.
Aprena dan Afiq mendirikan rumah tangga pada 12 November 2016. – KOSMO! ONLINE
 
								
 
								 
											













 
														
