fbpx
GAMBAR fail sebuah mahkamah tinggi di Allahabad, India. - Foto AFP

Iklan wanita tanpa seurat benang tidak mencolok mata – Mahkamah Tinggi Madhya Pradesh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

NEW DELHI – Mahkamah Tinggi Madhya Pradesh di India memutuskan iklan yang disiarkan dalam  akhbar tempatan memaparkan gambar seorang wanita telanjang dengan bahagian sulitnya dikaburkan, tidak boleh dianggap lucah, lapor portal berita Deccan Chronicle semalam.

Hakim Achal Kumar Paliwal ketika menolak petisyen terhadap ketua editor akhbar harian berbahasa Hindi itu memutuskan bahawa tubuh wanita dalam iklan tersebut telah dikaburkan sewajarnya pada bahagian dada dan kemaluan.

“Dilihat dari sudut mana sekalipun, tidak dapat dikatakan gambar tersebut bertujuan untuk merangsang fikiran tidak bermoral atau membangkitkan nafsu seksual,” kata hakim.

Beliau turut merujuk kepada keputusan Mahkamah Agung pada tahun 2014.

Katanya, Mahkamah Agung pernah memutuskan bahawa gambar bekas bintang tenis Boris Becker berbogel bersama tunangnya di mana bahagian dada wanita itu ditutup sepenuhnya oleh lengan Becker  tidak dianggap lucah sebagai hujah menolak petisyen tersebut. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI