fbpx
Ismanira diperintah menjalani hukuman penjara serta-merta oleh Mahkamah Sesyen , Petaling Jaya hari ini.

Ibu Zayn Rayyan ke Penjara Kajang serta-merta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Ibu kanak-kanak Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin yang dihukum penjara lima tahun atas tuduhan mengabai kanak-kanak itu diperintah menjalani hukuman tersebut secara serta-merta.

Hakim Mahkamah Sesyen, Dr. Syahliza Warnoh memutuskan demikian selepas menolak permohonan pihak pembelaan untuk menangguhkan hukuman terhadap tertuduh, Ismanira Abdul. Manaf, 30.

Dengan keputusan itu, Ismanira akan dibawa Penjara Kajang.

Sejurus selepas keputusan itu dibuat, keadaan di galeri awam bertukar tegang apabila suami Ismanira, Zaim Ikhwan Zahari dilihat gagal mengawal perasaan sambil berdiri menyatakan ‘Semoga Allah laknat’.

Terdahulu, Ismanira dijatuhi hukuman penjara lima tahun hari ini selepas mahkamah mendapati wanita itu bersalah melakukan pengabaian terhadap anak sulungnya.

Mengikut pertuduhan pindaan, Ismanira sebagai orang yang mempunyai pemeliharaan terhadap Zayn Rayyan berusia enam tahun (ketika kejadian) didakwa bersama-sama mengabai dengan cara yang mungkin menyebabkan kanak-kanak itu mengalami kecederaan fizikal.

Kesalahan dilakukan di sekitar kawasan Blok R, Apartment Idaman sehingga ke kawasan sungai berdekatan Apartment Idaman, Damansara Damai di sini antara pukul 12 tengah hari, 5 Disember dan 9.55 malam, 6 Disember 2023.

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun atau denda sehingga RM50,000 atau kedua-duanya.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Raja Zaizul Faridah Raja Zaharudin, Aqharie Durranie Aziz dan Nur Sabrina Zubairi manakala tertuduh diwakili peguam Haresh Mahadevan, Ramzani Idris dan Lavanesh Haresh. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI