fbpx
HUKUMAN FIFA kepada FAM dan tujuh pemain selepas didapati melanggar Artikel 22 Kod Tatatertib FIFA (FDC). - AFP

FIFA dijangka dedah keputusan rayuan tidak lama lagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) dijangka mendedahkan keputusan rayuan berhubung isu pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan Harimau Malaya seawal tengah malam ini hingga pagi esok.

Sebagai rekod, keputusan rayuan dijangka pada awal pagi tadi selepas panel Tribunal FIFA melakukan persidangan pada 30 Oktober (semalam) tetapi ia tidak dikeluarkan oleh badan induk bola sepak dunia itu.

Meskipun tiada pengesahan rasmi daripada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), FIFA dijangka mendedahkan kepada umum mengenai keputusan rayuan yang dikemukakan FAM pada awal bulan ini dalam masa terdekat di laman web rasmi mereka.

Sebahagian besar rakyat tanah air memang menantikan keputusan FIFA pada hari ini tetapi berita yang tular adalah dokumen sijil kelahiran datuk pertahanan warisan negara, Facundo Garces yang telah didedahkan oileh portal Argentina, Capital de Noticias.Sebagai rekod, FIFA telah menggantung tujuh pemain warisan Malaysia selepas didapati melakukan pemalsuan dokumen selain memberi denda kepada FAM sebanyak 350,000 franc Swiss (RM1.8 juta).

Selain Garces, enam lagi pemain yang digantung FIFA adalah Imanol Machuca, Hector Hevel, Gabriel Palmero, Rodrigo Holgado, Joao Figueiredo dan Jon Irazabal. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI