fbpx
WOLTEMADE

EFL: Woltemade makin sensasi di Newcastle

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

NEWCASTLE – Penyerang sensasi Newcastle United, Nick Woltemade puas dapat membantu pasukan mara ke peringkat suku akhir Piala Liga Inggeris (EFL) selepas menang 2-0 ke atas Tottenham Hotspur awal pagi semalam.

Pada aksi di Stadium St. James Park itu, The Magpies selaku tuan rumah meraih gol hasil tandukan Fabian Shar selain Woltemade yang mengesahkan kemenangan dengan jaringan kedua pada minit ke-54.

Menurut Woltemade, prestasi konsisten yang dipamerkan sejak berhijrah daripada kelab Stuttgart bukanlah sesuatu yang mengejutkan selepas mudah menyesuaikan diri dengan rakan sepasukan.

“Secara peribadi, saya telah memberikan dimensi berbeza buat pasukan berbanding penyerang yang mereka ada sebelum ini dan selepas beberapa perlawanan, saya rasa mereka faham dengan corak permainan saya.

“Bukan sesuatu yang sukar untuk menyesuaikan diri apabila berhijrah ke negara dan liga baharu tetapi pujian wajar diberikan kepada semua orang yang berada di kelab ini kerana sangat membantu saya sejak awal lagi,” katanya.

Sementara itu, Pengurus Newcastle, Eddie Howe percaya pasukannya kembali berada pada prestasi terbaik apabila dapat menyingkirkan Tottenham yang dianggap antara pilihan utama ke peringkat suku akhir.

“Saya gembira pasukan berjaya melepasi cabaran sukar walaupun kita ada melakukan rombakan dalam kesebelasan utama. Semua pemain berikan seratus peratus untuk melakar kemenangan penting di laman sendiri,” katanya. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI