fbpx
Suspek utama kes pembunuhan dua beranak disambung reman tujuh hari di Mahkamah Majistret Bukit Mertajam. Foto oleh SITI NUR MAS ERAH AMRAN/KOSMO!

Dua beranak dibunuh: Reman 3 suspek disambung seminggu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEBERANG PERAI – Reman terhadap tiga lelaki warga Nepal termasuk suspek utama kes pembunuhan dua beranak di Kampung Sekolah Juru, 18 Oktober lalu disambung tujuh hari lagi bagi membantu pihak polis melengkapkan siasatan.

Perintah sambungan reman terhadap suspek berusia 30-an hingga 40-an itu dikeluarkan Majistret Nurul Rasyidah Mohd Akit bermula esok hingga 7 November mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, ketiga-tiga suspek tiba di Mahkamah Majistret Bukit Mertajam kira-kira pukul 9 pagi diiringi sepasukan anggota polis bagi mendapatkan perintah sambungan reman.

Pada 18 Oktober lalu, Kosmo! Online melaporkan seorang ibu bersama anak angkatnya ditemukan maut dalam keadaan tragis selepas dipercayai dibunuh dalam kejadian di rumah mereka di Kampung Juru, Seberang Perai, kira-kira pukul 7.30 malam.

Mangsa, Sariya Che Hin, 51, dan anak angkatnya, Nur Afrina Alisha Abdul Rahim, 11, ditemukan di dapur manakala kanak-kanak berkenaan di tingkat atas.

Suspek utama yang dipercayai kenalan mangsa ditahan di pejabat imigresen ketika cuba melarikan diri ke luar negara, manakala dua lagi diberkas di Bukit Tengah. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN