fbpx
Rohit (kiri) ditembak mati selepas menahan 17 kanak-kanak sebagai tebusan di R A Studio. - India Today

Drama tebusan Mumbai berakhir, polis tembak lelaki tawan 17 kanak-kanak 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

NEW DELHI – Seorang lelaki mati ditembak selepas menahan 17 kanak-kanak sebagai tebusan selepas mereka dijemput untuk menghadiri sesi uji bakat palsu di sebuah studio di India, lapor portal berita Livemint.

Polis menerima panggilan kecemasan sekitar pukul 1.45 tengah hari (waktu tempatan) mengenai seorang lelaki menahan sebilangan kanak-kanak di lokasi R A Studio dalam bangunan Mahavir Classic, Mumbai.

“Suspek lelaki dikenal pasti sebagai Rohit Arya. Dia telah menahan seramai 19 tebusan termasuk 17 kanak-kanak dalam lingkungan umur 15 tahun.

“Rohit tidak mahukan wang tebusan. Dia sebaliknya ingin menanyakan soalan kepada mereka. Suspek mengancam mahu membakar studio tersebut sekiranya pihak lain cuba campur tangan,” kata Timbalan Pesuruhjaya Polis, Datta Nalawade kelmarin.

Rohit dilaporkan membawa senapang angin dan beberapa bahan kimia semasa kejadian.

Polis memecah masuk ke dalam studio melalui bilik mandi dengan bantuan orang dalam selepas gagal berunding dengan suspek.

“Menyelamatkan nyawa kanak-kanak ini menjadi keutamaan polis,” tambah Datta . Menurutnya, siasatan lanjut mengenai kes penculikan itu sedang dijalankan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI