fbpx
Garces (kanan) antara pemain warisan yang dikenakan hukuman FIFA ekoran isu pemalsuan dokumen.

Dokumen sulit keluarga Facundo Garces tular

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Sijil kelahiran yang didakwa milik datuk pemain warisan Harimau Malaya, Facundo Garces telah ditularkan oleh portal berita Argentina, Capital de Noticias pada awal pagi tadi.

Portal tersebut mendedahkan mereka mendapat dokumen rasmi daripada pihak kerajaan secara eksklusif sekali gus mendedahkan salasilah sebenar keluarga Garces.

Menurut dokumen tersebut, datuk Garces, Carlos Rogelio Fernández lahir pada 29 May 1930 di Santa Fe, Argentina sekali gus bercanggah dengan dakwaan yang menyatakan pemain berusia 26 tahun itu memiliki keturunan yang lahir dari Pulau Pinang.

“Datuk Garces lahir di Santa Fe, 14,613 kilometer (km) daripada Malaysia. Apa yang sama adalah tarikh kelahiran kerana ia sama seperti yang dimaklumkan (29 Mei 1930) kecuali tempat lahir,” kata portal tersebut.

Tangkap layar dokumen yang tular di laman portal Argentina, Capital de Noticias.

Sebagai rekod, Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) telah menggantung tujuh pemain warisan Malaysia selepas didapati melakukan pemalsuan dokumen selain memberi denda kepada FAM sebanyak 350,000 franc Swiss (RM1.8 juta).

Selain Garces, enam lagi pemain yang digantung FIFA adalah Imanol Machuca, Hector Hevel, Gabriel Palmero, Rodrigo Holgado, Joao Figueiredo dan Jon Irazabal.

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) telah menghantar rayuan rasmi pada awal bulan ini dengan keputusan rayuan bakal diumumkan oleh Tribunal FIFA dalam masa terdekat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI