fbpx
Ketua Pegawai Eksekutif, Perbankan Borong Kumpulan, CIMB Group, Chu Kok Wei (kiri) bersama Menteri Penasihat, Pejabat Ekonomi dan Komersial Kedutaan Republik Rakyat China di Malaysia, Sun Shuqiang meraikan penerbitan Bon Panda sulung CIMB.

CIMB masuk pasaran Bon Panda dengan terbitan RMB3 bilion

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – CIMB Bank Berhad (CIMB) telah menerbitkan Bon Panda tiga tahun bernilai RMB3 bilion (RM1.77 bilion) di Pasaran Bon Antara Bank China, yang membawa kadar kupon tetap sebanyak 2.18 peratus.

Ia beroleh buku pesanan kukuh sebanyak RMB4.64 bilion yang menyaksikan pendalaman ketara pada asas pelabur CIMB, termasuk pelabur institusi dalam dan luar pesisir.

Terbitan itu juga mewakili terbitan Bon Panda kedua terbesar setakat ini daripada Penerbit ASEAN dan mencapai kadar kupon terendah yang pernah diperoleh oleh penerbit ASEAN.

Bon Panda yang dikeluarkan oleh CIMB diberikan penarafan AAA oleh China Chengxin Credit Rating Group.

Hasil bersih daripada terbitan bon akan digunakan terutamanya untuk mengembangkan perniagaan tempatan dan rentas sempadan Bank, membantu memperkukuh perdagangan dan kewangan serantau dalam pelbagai sektor utama strategik.

Sebahagian daripada hasil akan dikekalkan di dalam negara untuk mengukuhkan pembangunan perniagaan CIMB di China, sekali gus menggariskan komitmen CIMB terhadap pasaran berkenaan.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, CIMB Group, Novan Amirudin berkata, pihaknya berbesar hati melihat permintaan kukuh daripada pelabur untuk bon tersebut, yang menandakan penerbitan satu peringkat terbesar oleh penerbit Malaysia setakat ini.

“Ia mencerminkan keyakinan terhadap francais ASEAN CIMB yang pelbagai dan kekuatan kewangan kami.

“Pencapaian penting ini memperkukuh peranan CIMB sebagai jambatan antara China dan ASEAN, menambah momentum kepada usaha kami untuk mempercepatkan integrasi kewangan dan menggalakkan pelaburan dan perdagangan rentas sempadan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

CIMB bekerjasama dengan konsortium 11 institusi kewangan China, serantau dan antarabangsa untuk penerbitan Bon Panda berkenaan. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI