fbpx
Mohammed Khaled pada Mesyuarat Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN di KLCC hari ini.

China bukan sekadar rakan ASEAN, tetapi pemangkin kemakmuran global

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Blok ASEAN menyifatkan China bukan sekadar rakan strategik, tetapi turut menjadi pendorong utama kepada Kemakmuran Global.

Perkara itu ditegaskan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin semasa berucap pada Majlis Makan Tengahari bersama Menteri Pertahanan China, Dong Jun semasa Mesyuarat Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN (ADMM) di Pusat Kovensyen Kuala Lumpur hari ini.

Mohamed Khaled berkata, peranan besar China itu perlu disertai komitmen untuk terus menjunjung undang-undang antarabangsa, menggalakkan perdamaian serta membantu mencegah sebarang konflik daripada tercetus.

“Sebagai pendorong Kemakmuran Global, China memikul tanggungjawab yang melebihi aspek pembangunan dan pertumbuhan semata-mata,”katanya

Mohamed Khaled yang juga Pengerusi ADMM berkata, ASEAN turut berharap China akan terus berdiri bersama rantau Asia Tenggara dalam mengekalkan keamanan serantau.

Ini kerana kata beliau, kemakmuran dan keselamatan tidak dapat dipisahkan dan kedua-duanya saling bergantung.

“Dengan keamanan serantau, datanglah kemakmuran bersama. Dan dengan kemakmuran bersama, terjalinlah rasa hormat, kepercayaan dan hubungan berpanjangan yang memungkinkan keamanan berkekalan.

“Oleh itu, ASEAN amat menghargai sokongan berterusan China dalam memastikan rantau kita kekal selamat dan damai, sambil menghormati kedaulatan serta menggalakkan kerjasama,”katanya.

Beliau menambah, dengan kerjasama itu juga ASEAN akan mengubah cabaran menjadi peluang serta menjadikan visi satu realiti.

Pada masa sama, kami berharap China akan terus melaksanakan peranannya yang digerakkan oleh empat Inisiatif globalnya iaitu pembangunan, keselamatan, tamadun dan tadbir urus demi manfaat rantau ini dan juga bagi membina dunia yang lebih baik untuk semua.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI