fbpx
Gambar hiasan

3 lelaki ditahan bantu siasatan kes bunuh wanita di Seri Kembangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SERDANG – Polis menahan tiga lelaki susulan seorang wanita ditemui mati dengan tidak berpakaian dan tangan terikat dipercayai dibunuh berhampiran bulatan Blue Water Estate, Seri Kembangan, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Muhamad Farid Ahmad berkata, pihaknya memohon reman terhadap ketiga-tiga suspek yang merupakan lelaki warga tempatan berusia antara 25 hingga 30 tahun, pada hari ini.

Katanya, penahanan itu dilakukan bagi membantu siasatan.

“Setakat ini, siasatan masih dijalankan bagi mengenal pasti motif kejadian,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, mayat mangsa telah dikenal pasti oleh waris terdekat iaitu adik kandungnya sebelum proses bedah siasat dijalankan.

Kelmarin, Kosmo! melaporkan polis menerima maklumat mengenai penemuan mayat seorang wanita dalam keadaan tangan terikat dan tanpa pakaian pada pukul 3.45 petang di kawasan berhampiran bulatan Blue Water Estate.

Kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI