fbpx
Petugas media menanti proses lelongan dilaksanakan di kediaman Datuk Seri Vida di Meru Heights, Ipoh hari ini. - Foto MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA

Tiada kelibat Datuk Seri Vida, Cik B ketika aset kena lelong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

IPOH – Biarpun aset miliknya dilelong hari ini, Datuk Seri Dr. Hasmiza Othman ataupun anaknya, Cik B tidak menghadiri proses lelongan berkenaan di kediamannya di Meru Heights di sini.

Lelongan yang bermula pukul 10.30 pagi melibatkan dua pembida itu menyaksikan tiga kenderaan mewah dan 727 barangan peribadi miliknya atau lebih dikenali sebagai Datuk Seri Vida berjaya dilelong.

Kesemua aset yang disenaraikan dalam Notis Pengisytiharan Jualan Lelong berkenaan berjaya dibida seorang usahawan lelaki pada harga keseluruhan RM1 juta selepas salah seorang pembida menarik diri.

Barangan itu dibida ahli perniagaan, Norzamri Abdullah dan diisytiharkan pelelong berlesen, S. Punithawathi pada pukul 1.40 petang.

Antara kenderaan mewah yang dilelong ialah Toyota Vellfire, Toyota Grand Hiace dan BMW X7, selain pelbagai barangan peribadi seperti piano, gitar elektrik, set sofa, set meja makan, pasu bunga, televisyen, penghawa dingin, katil urut, karpet, teleskop, meja solek, langsir, set karaoke dan jam berdiri.

Sementara itu, peguam kepada pihak penuntut, Samir Zainal mengesahkan seorang pembida menarik diri selepas harga tawarannya tidak menepati syarat mahkamah yang menetapkan bidaan minimum RM1 juta.

Menurut beliau, pembida yang berjaya perlu melengkapkan proses pembayaran kepada pihak mahkamah sebelum pukul 4.30 petang hari ini.

“Saya difahamkan barangan yang berjaya dibida ini tidak akan dikeluarkan hari ini, hanya bayaran dibuat kepada mahkamah,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI