fbpx
Sebatang pokok tumbang dilihat di St. Catherine, Jamaica sejurus sebelum Taufan Melissa melanda daratan kelmarin. - AFP

Taufan Melissa badai Haiti, 20 maut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PORT-AU-PRINCE – Sekurang-kurangnya 20 orang, dengan 10 daripadanya kanak-kanak disahkan terkorban di Haiti dalam banjir yang disebabkan oleh Taufan Melissa, lapor Perbadanan Penyiaran Britain (BBC) semalam.

Kebanyakan mangsa terbunuh apabila tebing sungai melimpah di Petit-Goave, menyebabkan 25 orang terkorban, kata datuk bandar tersebut.

Pusat Taufan Kebangsaan Amerika Syarikat (NHC) sebelum ini memberi amaran bahawa Taudan Melissa berkemungkinan menyebabkan bencana banjir kilat dan tanah runtuh.

Haiti jauh kurang membangun berbanding negara jirannya, dan disebabkan itu, ia berkemungkinan akan mengalami kerosakan yang meluas dan pengasingan komuniti akibat kemusnahan yang disebabkan oleh taufan tersebut, demikian menurut NHC.

Di Petit-Goave selatan Haiti, ramai penduduk masih terperangkap dalam rumah-rumah yang runtuh, manakala di sepanjang pantai selatan Haiti, banyak rumah telah dihanyutkan.

“Anda dapat melihat banyak bumbung tercabut. Orang ramai membersihkan serpihan dengan tangan kosong,” jelas Pascal Bimenyimana daripada pertubuhan NGO World Relief.

Bimenyimana berkata, 3,000 orang masih berada di tempat perlindungan di selatan negara itu.

Taufan Melissa telah menyebabkan kerosakan di beberapa bahagian Caribbean, dengan Jamaica, Cuba dan Haiti paling teruk terjejas.

Taufan itu kini bergerak ke timur laut menuju ke Bahamas dan Bermuda. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI