fbpx
Cik B.

Tak baik cakap kami miskin, sudah tiada duit – Cik B

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Anak kepada usahawan sensasi Datuk Seri Vida (DSV), iaitu Cik B, tampil mempertahankan ibunya selepas isu jualan lelong barangan mewah milik mereka petang tadi.

Dalam satu siaran langsung di media sosial, Cik B menegaskan bahawa orang ramai tidak sepatutnya memperlekeh atau menuduh mereka sudah jatuh miskin kerana menurutnya, DSV masih berjuang dan mampu berdikari walaupun diuji dengan pelbagai dugaan.

“Tak baik cakap kami miskin, tak ada duit. Mama saya kuat. Dia ibu tunggal yang kerja keras dari dulu sampai sekarang.
Orang boleh cakap macam-macam, tapi dia tetap berdiri sendiri,” katanya

Menurutnya, kejadian yang menimpa ibunya berpunca daripada projek pembinaan studio yang tidak siap sejak tahun 2018, melibatkan ‘main contractor’ (maincon) dan ‘subcontractor’ (subcon) yang gagal menunaikan janji selepas menerima bayaran jutaan ringgit.

“Mama bayar kat maincon, tapi maincon tak bayar kat subcon. Mama dah bayar habis RM6 juta, bangunan tu pun Mama beli RM19 juta.

“Waktu tu Cik B umur 12 tahun, tak tahu apa-apa. Sekarang ni baru faham.
Ramai orang ambil kesempatan dengan Mama. Kawanlah, staf lah, semua nak guna dia. Saya kasihan tengok Mama,” ujarnya.

Cik B turut meluahkan rasa simpati terhadap ibunya yang terpaksa menanggung tekanan emosi dan kewangan sendirian tanpa tempat meluahkan perasaan.

Dia turut menegaskan bahawa ibunya bukan meminta simpati, sebaliknya hanya ingin bangkit semula selepas melalui tempoh sukar.

“Mama saya tak minta simpati. Dia cuma nak teruskan hidup. Orang boleh jatuh, tapi tak semestinya terus kalah,” katanya.

Terdahulu, sebanyak 727 barangan peribadi DSV termasuk tiga kereta mewah Toyota Vellfire, Toyota Grand Hi-Ace dan BMW X7 dilelong dan hasil lelongan itu dilaporkan mencecah RM1 juta daripada pembida tertinggi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI