fbpx
Gambar hiasan.

‘Saya harap menteri, ahli Parlimen jangan ambil bantuan Sara’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Lebih 80 peratus penerima bantuan Sumbangan Asas Rahmah (Sara) telah menebus pemberian RM100 bagi membeli barangan keperluan asas.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, bagaimanapun baki kira-kira 20 peratus yang belum menebus bantuan tersebut mungkin terdiri daripada golongan kaya.

“Saya harap Menteri-Menteri, Ahli-Ahli Parlimen jangan ambillah. Supaya wang itu boleh dikembalikan kepada rakyat
miskin mulai tahun 2026.

“Tapi kalau kita ambil dan bagi kepada jiran atau keluarga yang miskin itu saya ingat baik,”katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (BEBAS-Kuala Kangsar) yang bertanyakan tentang status penggunaan Sara RM100 yang telah dimanfaatkan oleh rakyat
sehingga kini.

Mengulas lanjut, Anwar berkata, sehingga kini lebih 2,000 kedai kecil telah mendapat manfaat dan menjana perniagaan mereka.

“Sara kita tahu tahun ini bermula, tahun 2026 kita akan teruskan. Saya yakin Sara ini di antara program yang disenangi rakyat kerana mereka boleh beli keperluan mereka dan memenuhi keperluan keluarga,”katanya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI