fbpx
Anwar ketika di Dewan Rakyat hari ini. Foto JAPEN

RM20 bilion bantuan khusus bantu atasi isu kemiskinan – Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Sebanyak RM20 bilion telah disalurkan kerajaan pada tahun ini khusus untuk membantu golongan berpendapatan rendah sekali gus mengatasi isu kemiskinan tegar di negara ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, bantuan tersebut telah disalurkan menerusi pelbagai inisatif termasuklah Sumbangan Asas Rahmah (Sara) dan Sumbangan Tunai Rahmah (STR)
sebanyak RM15 billion serta RM3.1 bilion bantuan di Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Jelas beliau, langkah tersebut sejajar dengan matlamat kerajaan mengurangkan kesenjangan antara golongan kaya dan miskin di negara ini.

“Kita ambil langkah dengan penambahan STR dan Sumbangan Asas Rahmah RM15 bilion itu mengambil kira pendapatan golongan miskin.

“Berapa kita bagi? RM15 bilion tahun ini, ini termasuk umpamanya inisiatif Payung Rahmah, pada tahun 2026 peruntukannya RM600 juta, ini kita untuk mengurangkan kesenjangan,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (BEBAS-Kuala Kangsar) yang bertanyakan tentang langkah diambil Kerajaan Madani dalam menangani isu kemiskinan tegar dan kemiskinan secara keseluruhan.

Mengulas lanjut, Anwar berkata, pelaksanaan dasar gaji minimum yang meningkat daripada RM1,200 kepada RM1,700 turut disasarkan untuk mengurangkan kemiskinan relatif.

“Jadi ini sekali lagi saya tegaskan untuk mengurangkan kesenjangan yang kian melebar antara golongan kaya dan miskin.

“Itu yang kita lakukan dan saya harap ada upaya lagi (dari kerajaan) untuk meningkatkan (bantuan kewangan) sebaik saja keadaan ekonomi lebih meyakinkan,” katanya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI