fbpx
Rusdi (kanan) bercakap pada sidang akhbar kejayaan operasi JSJK di Menara KPJ, hari ini. Foto oleh FARIZ RUSADIO/KOSMO!

Op Mule: 1,303 individu ditahan, 270 kertas sisatan berjaya dituduh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Seramai 1,303 individu disyaki terlibat dalam kes penipuan dalam talian ditahan dalam Operasi Op Mule NSRC 1/2025 yang dijalankan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman di seluruh negara baru-baru ini.

Operasi yang bermula pada 22 hingga 28 September lalu itu dilancarkan bagi membanteras kegiatan akaun keldai (mule account) yang sering digunakan sindiket jenayah komersial untuk menipu orang ramai.

Menurut Pengarah JSJK, Datuk Rusdi Mohd. Isa, operasi tersebut dijalankan oleh Bahagian Risikan dan Operasi JSJK dengan kerjasama National Scam Response Centre (NSRC) hasil daripada laporan-laporan kes penipuan yang diterima.

“Tangkapan tertinggi direkodkan di Sarawak iaitu seramai 272 orang diikuti Sabah (200), Kuala Lumpur (137) dan Selangor (115).

“Sepanjang tempoh operasi, sebanyak 778 kertas siasatan telah dibuka di seluruh negara, dan daripada jumlah itu, 270 kertas siasatan telah berjaya dituduh di mahkamah manakala 312 kertas sisatan masih dalam siasatan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar Semak Mule di Ibu Pejabat JSJK, Bukit Aman, hari ini.

Rusdi menjelaskan, operasi bersepadu itu turut memberi tumpuan terhadap ahli sindiket, individu yang meminjamkan akaun bank serta warga asing dipercayai terlibat dalam aktiviti penipuan kewangan dalam talian.

“Kesemua mereka disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu serta Seksyen 424A, 424B dan 424C Kanun Keseksaan berkaitan pengendalian akaun bank bagi tujuan jenayah,” ujarnya.

JSJK turut menegaskan komitmen untuk meneruskan tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang terlibat dengan akaun keldai serta memperkukuh kerjasama dengan NSRC bagi membanteras jenayah penipuan digital yang semakin berleluasa. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI