PETALING JAYA – Tindakan sekumpulan monyet yang berkeliaran di kawasan kolej kediaman Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) mencuri perhatian pengguna media sosial.
Menerusi perkongsian di TikTok oleh @akiu_u, kelihatan segerombolan monyet berada di kawasan ampaian kolej kediaman lelaki sambil memanjat pada tali jemuran pakaian.
“Damainya alam ciptaan tuhan, monyet UKM zoo kolej. Taubat nak sidai baju kat sini. Boxer aku dah empat helai dibawa masuk dalam hutan tu,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Perkongsian tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada pengguna media sosial yang terhibur dan turut berkongsi pengalaman masing-masing.
“Tiga tahun duduk UKM, tahun akhir kena kejar sampai luka-luka. Sejak dari tu trauma betul dengan monyet ni,” komen @a.afaaa
“Ni kalau pakai ampaian situ memang tak dapat balik dah la bajunya,” kata Kuzueri.
“Kalau macam ni memang jemur baju dalam bilik saja weh. Risau jemur 10, tinggal tiga helai saja,” komen Mija.
“Sila buat laporan kepada Perhilitan (Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara) dan bagi video ni. Kalau ada yang pernah kena kejar, sila laporkan juga,” komen Rahmah Talib. – KOSMO! ONLINE
@akiu_u Damainya alam ciptaan Tuhan 🐒 #ukm ♬ original sound – Pusat Perhubungan Alumni UKM














