fbpx
Tangkap layar hantaran memaparkan Misai selamat pulang malam tadi setelah dilaporkan hilang pada Ahad lalu.

Misai akhirnya dipulangkan ke stesen minyak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Kucing jantan bernama Misai yang sebelum ini dikatakan hilang di sebuah stesen minyak di Beseri, Perlis akhirnya telah dipulangkan semula, malam tadi.

Menerusi hantaran di media sosial, kucing tersebut telah selamat dipulangkan kepada stesen minyak itu selepas disangka tidak bertuan.

“Misai telah diserah balik oleh orang yang terambil selepas viral dan laporan polis dibuat. Mereka ingat kucing itu tidak bertuan,” ujarnya.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) milik stesen minyak tersebut merakam individu yang menaiki sebuah kereta Hilux dilihat mengambil kucing tersebut.

Menjengah ke ruang komen, ramai yang melahirkan rasa gembira dengan kepulangan Misai serta memohon agar kucing itu dipakaikan uniform setiap masa untuk elak ‘diculik’.

“Kucing sihat, comel dan gebu memang ramai orang nak. Cuba beri kucing di pasar malam atau kedai makan yang menggerutu, siapa yang nak?,” kata Hamzah.

“Selepas ini Misai kena pakai uniform selalu untuk elakkan diculik,” kata Syahmi.

“Secantik ini disangka tidak bertuan? Nasib ada kuasa viral. Memang panas bantal tak lena tidur sebab risau muka tersebar,” komen @Fresfrai

“Misai sudahlah ada FIP, mana tak risau kawan di stesen minyak. Jangan normalisasikan ambil kucing tanpa bertanya sekeliling dulu,” komen @Airussirah5 –KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI