fbpx
Rakyat Palestin menuju ke Bandar Gaza selepas perjanjian gencatan senjata dicapai. - AFP 

Malaysia mahu penyelesaian menyeluruh di Gaza -Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri memaklumkan Malaysia tidak pernah berganjak dan konsisten mendesak supaya isu di Gaza mencapai penyelesaian yang menyeluruh.

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, langkah tersebut turut diambil dalam setiap pertemuan dengan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump pada Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 lalu.

Jelas Anwar, semasa pertemuan itu, Malaysia terus menyatakan bahawa krisis Gaza tidak akan selesai hanya dengan gencatan senjata dan memerlukan penyelesaian komprehensif dengan mengiktiraf kedaulatan Palestin.

“Pada pertemuan itu, antara perkara pokok adalah soal Gaza. Saya beritahu Presiden, saya jumpa pemimpin Hamas dan dia agak sedikit terkejut dan tanya kenapa.

“Saya jelaskan dan tak pernah guna istilah ’20 point ceasefire” (20 Perkara Pelan Damai Trump), tapi saya sebut ‘comprehensive settlement’. Ini kerana istilah ini yang disepakati, tak selesai hanya dengan hentikan serangan tanpa iktiraf hak mutlak kedaulatan rakyat Gaza dan Palestin,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Suhaizan Kaiat (PH-Pulai) yang meminta Perdana Menteri menyatakan selain daripada aspek perdagangan, apakah manfaat yang diperoleh hasil daripada pertemuan dengan Trump. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI