fbpx
SEBAHAGIAN lembu dipercayai diseludup masuk dari Thailand di Padang Besar di sini semalam.

Lembu seludup RM645,000 dirampas PGA di Chuping

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PADANG BESAR – Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Utara menahan dua lelaki bersama sebuah lori treler yang membawa 35 ekor lembu tanpa sebarang dokumen sah di Sekatan Jalan Raya (SJR) Chuping, di sini, semalam.

Komander Briged Utara PGA, Senior Asisten Komisioner Shahrum Hashim berkata, kedua-dua suspek berusia antara 23 hingga 49 tahun itu ditahan oleh sepasukan anggota Kompeni A, Batalion 1 PGA, Ulu Kinta, Perak.

“Semasa pemeriksaan dilakukan, pasukan menemui 35 ekor lembu di bahagian belakang lori treler jenis Hino yang dipandu suspek kira-kira pukul 6 petang semalam di Sekatan Jalan Raya Chuping. Pemandu gagal mengemukakan sebarang dokumen pemindahan haiwan ternakan yang sah,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Menurutnya, nilai keseluruhan rampasan termasuk lori dan haiwan ternakan dianggarkan berjumlah RM645,000.

“Lori treler itu dianggarkan bernilai RM400,000 manakala lembu-lembu tersebut bernilai sekitar RM245,000.

“Kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 36(1) Akta Binatang 1953 yang memperuntukkan denda tidak melebihi RM15,000 atau penjara maksimum setahun atau kedua-duanya sekali,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI