fbpx
Tangkap layar video menunjukkan lelaki itu berdiri di tengah jalan sambil menyuruh pemandu untuk melanggarnya. - Facebook

Lelaki berdiri tengah jalan, minta dilanggar kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SINGAPURA – Seorang lelaki berusia 53 tahun ditahan selepas dia berdiri di tengah jalan raya yang sibuk di Singapura dan meminta kenderaan lalu-lalang untuk melanggarnya, lapor portal berita Must Share News. 

Kejadian itu berlaku sekitar pukul 4.12 petang (waktu tempatan) di Yishun Avenue 2, Ahad lalu. 

Rakaman video kejadian yang dimuat naik di platform Facebook menunjukkan lelaki terbabit berdiri di lorong tengah sambil memberikan isyarat kepada sebuah kereta berwarna putih supaya bergerak ke arahnya. 

Meskipun terkejut, pemandu itu sempat memperlahankan keretanya. 

Kereta itu segera beredar, namun lelaki tersebut berjalan pula ke lorong paling kiri sambil mengarahkan pemandu kenderaan lain melanggarnya. 

Polis menerima panggilan kecemasan pada pukul 4.20 petang (waktu tempatan) dan segera bergerak ke lokasi kejadian. 

“Suspek ditahan di bawah Seksyen 7 Akta Kesihatan Mental (Penjagaan dan Rawatan) 2008. Tiada kecederaan dilaporkan,” kata polis. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI