IPOH – Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan menerima bayaran zakat berjumlah RM5,831,264.89 daripada lapan syarikat korporat kepada Zakat Perak Al Ridzuan (Zapar) di Istana Kinta di sini hari ini.
Zapar dalam kenyataannya berkata, penyerahan zakat perniagaan pada majlis itu didahului Felcra Berhad yang diwakili oleh Pengarah Negeri Felcra Berhad Perak, M. Zaiful Anuar Zulkifli berjumlah RM1,483,830.20..
Katanya, ia disusuli Ipoh Specialist Hospital Sdn Bhd yang diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Badrul Hisyam Ibrahim dengan zakat berjumlah RM1,046,469.
“Seterusnya, Koperasi Kemajuan Tanah Perak Berhad diwakili oleh Pengerusinya, Datuk Mohammed Akhiar Ahmad Wazir Affandi dengan zakat berjumlah RM114,092.44.
“Selain itu, Koperasi Perladangan Kawasan Bagan Datoh Perak Berhad diwakili oleh Pengerusi, Salleh Hudin Kamarudin menyerahkan zakat berjumlah RM1,784,234.13,” katanya di sini hari ini.
Zapar berkata, penyerahan zakat perniagaan tersebut diikuti Koperasi Warisan Pegawai Hutan Melayu Negeri Perak Berhad, Pengerusinya, Sharifuddin Yeop Sabar berjumlah RM490,969.59.
Katanya, ia disusuli KPJ Sri Manjung Specialist Hospital yang diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Muhammad Tareq Mamat dengan zakat berjumlah RM181,000.
“Selanjutnya, penyerahan zakat perniagaan Metropolitan Utilities Corporation Sdn. Bhd. berjumlah RM321,218 oleh Pengurus Besar Operasinya, Mohd. Khairiri Mohamed Zubir.
“Penyerahan zakat terakhir berjumlah RM409,451.53 dilakukan oleh YP Nominees Holdings Sdn. Bhd. diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Rozita Ramli,” katanya. – KOSMO! ONLINE














