fbpx
Jegan (tengah) melupuskan barang rampasan di Kompleks Penyimpanan Ekshibit KPDN Pulau Pinang, Bukit Minyak, hari ini. Foto SITI NUR MAS ERAH AMRAN/KOSMO!

KPDN P. Pinang lupus barang rampasan RM4.76 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEBERANG PERAI – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Pulau Pinang melupuskan pelbagai barangan rampasan bernilai RM4.761 juta hasil pelbagai kesalahan sepanjang tahun ini.

Pengarahya, S. Jegan berkata, rampasan itu adalah hasil tindakan penguatkuasaan dan pemeriksaan pihaknya merangkumi barangan kawalan, kawalan harga, antipencatutan, pelanggaran hak intelek, sewa beli, penipuan dalam talian dan lain-lain.

“Ekshibit yang dilupuskan termasuk pakaian, beg dan aksesori wanita pelbagai jenama, alat ganti kenderaan, produk makanan, produk penjagaan kesihatan, serta aksesori dan peranti elektronik tiruan.

“Kesemua 81,049 unit ini telah selesai menjalani proses pendakwaan dan pengkompaunan,” katanya semasa sidang akhbar Program Pelupusan Ekshibit Mega di Kompleks Penyimpanan KPDN Pulau Pinang, Bukit Minyak, hari ini.

Jegan memaklumkan, sejak 1 Januari lalu, sebanyak 65,790 premis telah diperiksa dengan 793 kes diambil tindakan, melibatkan nilai rampasan keseluruhan RM3.051 juta.

“Selain itu, 625 kes dikenakan kompaun berjumlah RM439,000, manakala dua kes dibawa ke mahkamah dengan jumlah denda RM16,000,” katanya.

Tambahnya, daripada keseluruhan tindakan pengkompaunan dan pendakwaan, 167 kes barangan sitaan telah dilupuskan, melibatkan hasil kutipan sementara RM382,427. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI