fbpx
Gambar menunjukkan pembentangan mengenai kecurangan Jule di dalam kelas. - TikTok

Kes Jule curang terhadap ‘oppa’ jadi bahan kajian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Pelajar sebuah institusi pendidikan tinggi di Indonesia mengundang perhatian ramai kerana menggunakan berita kecurangan Jule Prastini sebagai tajuk kajian mereka, lapor portal berita Lambe Turah.

Julia atau lebih dikenali sebagai Jule didakwa berlaku curang terhadap suaminya, Daehoon yang berasal dari Korea Selatan.

Berita kecurangan itu menjadi heboh selepas satu klip video memaparkan Jule berdua-duaan dengan seorang petinju profesional bernama Safri Ramadan.

Imej dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @p_ejoyyy menunjukkan beberapa pelajar sedang melakukan pembentangan bertajuk ‘Kes Kecurangan Jule dan Fenomena Batal Budaya (Cancel Culture) di Media Sosial’.

Antara topik yang dibincangkan termasuk kesan kecurangan terhadap karier pencipta kandungan dan punca seseorang berlaku curang meskipun sudah berumah tangga.

Hantaran itu mencatatkan lebih 949,000 tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi.

“Malu kalau sampai tahap ini,” kata seorang netizen. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI