fbpx
Bank Dunia menyarankan had usia untuk ases kepada simpanan KWSP dinaikkan secara beransur-ansur. - Gambar hiasan.

Had usia akses pengeluaran KWSP perlu dinaikkan – Bank Dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Bank Dunia mencadangkan supaya had usia bagi pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dinaikkan secara berperingkat daripada umur 55 tahun ketika ini.

Menerusi laporannya bertajuk Should Malaysia expand its social pension? Global evidence, design issues and options yang diterbitkan hari ini, akses KWSP pada usia 55 tahun adalah sangat rendah bagi negara dengan demografi seperti Malaysia.

“Gabungan had umur akses yang rendah dan baki median KWSP yang rendah pada had umur akses bermakna ramai ahli KWSP berpendapatan rendah telah menghabiskan simpanan mereka dalam tempoh tiga hingga lima tahun selepas mengakses akaun mereka.

“Pada tahun 2022, KWSP menganggarkan hanya 18 peratus ahli lelaki dan 12 peratus ahli wanita mencapai had simpanan asas sebanyak RM240,000 menjelang umur 55 tahun.

“Memandangkan perlindungan KWSP semasa dan median pengumpulan dana persaraan yang rendah, pencen sosial yang diperluas harus dipertimbangkan untuk melindungi warga emas yang tinggal dalam isi rumah B40,” katanya.

Laporan oleh Philip O’Keefe dan Gerton Rongen itu menjelaskan, populasi Malaysia kini semakin menua dengan pantas, namun liputan dan kecukupan pencen sosialnya agak rendah.

Menurutnya, menjelang 2045, 14 peratus daripada penduduk Malaysia akan berumur 65 tahun ke atas, meningkat kepada 20 peratus menjelang 2056.

“Pencen sosial Malaysia (Bantuan Warga Emas, BWE) kini hanya meliputi sekitar empat peratus warga emas, antara kadar terendah di seluruh dunia.

“Walaupun sekitar 60 peratus warga emas menerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR), gabungan faedah daripada BWE dan STR menyumbang kurang daripada 10 peratus daripada pendapatan pra-pemindahan bagi kebanyakan isi rumah warga emas.

“Pada masa yang sama, hanya sekitar 42 peratus daripada populasi umur bekerja menyumbang kepada skim pencen sektor formal, mengakibatkan jurang perlindungan yang besar dalam sokongan kewangan warga emas.

“Akibatnya, ramai warga emas Malaysia bergantung pada sokongan keluarga, tetapi saiz keluarga yang semakin berkurangan dan perubahan norma sosial melemahkan sokongan ini, ditambah dengan peningkatan bilangan yang tinggal bersendirian atau dalam isi rumah yang hanya didiami oleh warga emas,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI